• Jun
    06

    Upah Haji, Korban Untuk Arwah – Adakah Dibolehkan.


    by admin_kembara
    No comments yet

    header-upah-haji-2013

    Untuk keterangan lanjut dan mendapatkan perkhidmatan upah haji kami bagi tahun 2013, sila layari http://kembaramuslim.com/shop/khidmat-upah-haji-2013/

    Badal haji, korban untuk arwah

    BOLEHKAH kita melakukan badal haji dan ibadah korban untuk orang yang telah meninggal dunia? Jika boleh, saya ingin lakukan untuk arwah ibu saya.

    Jawapan

    Sebelum menjawab soalan ini, kita harus membincangkan satu perkara penting terlebih dahulu. Iaitu apakah orang yang telah meninggal dunia boleh mendapatkan pahala amalan ibadah yang dilakukan oleh ahli keluarganya yang masih hidup?

    Mengikut kesepakatan (ijmak) ulama daripada kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah, orang yang sudah meninggal dunia masih boleh menerima pahala ibadat yang dilakukan oleh ahli keluarganya yang masih hidup. Demikian dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn al-Qayyim (w. 751H) dalam kitab al-Ruh.

    Dalilnya sangat banyak, salah satunya hadis Nabi SAW yang bermaksud: Apabila seorang manusia meninggal dunia, maka amalannya telah terputus melainkan tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang selalu berdoa untuknya. (riwayat Muslim)

    Setelah mengumpulkan pelbagai dalil dalam perkara ini, Imam al-Syafii merumuskan: “Akan sampai kepada mayat daripada amalan orang lain tiga perkara, haji yang dilakukan untuknya, harta yang disedekahkan atau dibayarkan (hutang) untuknya dan doa. Aku mengatakan ini kerana berdalil dengan sunnah dalam perkara haji. Dan umrah serupa dengannya secara qiyas.”

    Badal haji

    Daripada ucapan Imam Al-Syafii di atas, badal haji yang dilakukan untuk arwah, insya-Allah pahalanya akan sampai kepada arwah. Namun, apa hukum membuatkan badal haji itu?

    Menurut ulama mazhab Syafii, hukum membuat badal haji terbahagi dua. Wajib jika arwah memang telah wajib melaksanakan ibadah haji semasa hidupnya, namun meninggal dunia sebelum sempat melakukannya. Dalam kes seperti ini, ahli waris wajib mengeluarkan sebahagian daripada harta pusaka peninggalan si mati untuk digunakan membiayai badal haji untuknya.

    Berkata Imam al-Nawawi dalam kitab Al-Idah fi al-Manasik: “Wajib menggantikan (badal) haji bagi si mati jika ia (si mati) berkemampuan untuk haji ketika hidupnya namun tidak sempat melakukannya. Itu pun jika ia meninggalkan harta warisan. Jika tidak, maka bukan kewajipan waris untuk melakukan haji badal baginya.”

    Jika si arwah sememangnya tidak berkemampuan untuk melakukan ibadah haji semasa hidupnya, maka ahli waris tidak wajib membuatkan badal haji baginya. Jika mereka ingin membuatkan untuknya juga, maka hukumnya harus. Namun dalam kes ini, waris tidak boleh menggunakan harta pusaka peninggalan arwah untuk membiayai badal haji itu kecuali dengan keizinan seluruh ahli waris.

    Siapa yang berminat melakukan badal haji untuk arwah boleh melakukannya sendiri atau menyewa orang lain untuk membuatkan badal haji untuk orang yang dikehendaki. Seseorang yang melakukan badal haji mestilah orang yang pernah melakukan ibadah haji untuk dirinya sendiri terlebih dahulu.

    Korban untuk arwah

    Bagi korban untuk arwah pula telah menimbulkan perselisihan di kalangan para ulama. Mazhab Syafii mengatakan bahawa korban adalah ibadah perseorangan. Oleh itu tidak sah dilakukan oleh orang lain tanpa keizinan daripada empunya diri. Jika orang itu telah meninggal dunia, maka ibadah korban tidak sah tanpa wasiat daripadanya.

    Jika arwah pernah berwasiat agar dibuatkan ibadah korban selepas kematiannya, maka ahli waris boleh melakukan korban tersebut. Namun daging korban itu wajib disedekahkan keseluruhannya kepada fakir miskin.

    Demikian kesimpulan hukum korban untuk arwah dalam mazhab Syafii. Bagaimanapun, kita tidak boleh menafikan adanya pandangan berbeza yang berasal daripada ulama mazhab lain.

    Mengikut mazhab Hanafi dan Hanbali, ibadah korban boleh dilakukan untuk arwah biarpun tanpa wasiat daripada si mati. Pahalanya insya-Allah akan sampai kepadanya.

    Saya sangat berharap perbezaan pendapat ini tidak menyebabkan perbalahan di antara kita. Sebaliknya, kita mesti ingat bahawa matlamat utama ibadah korban adalah untuk menaati perintah Allah SWT, menzahirkan kesyukuran dan menghidupkan syiar agama di negeri kita.

    Kita juga patut sedar bahawa keikhlasan dan ketakwaan yang menentukan nilai ibadah kita. Mana-mana ibadah korban yang benar-benar mengharapkan reda Allah, maka itulah yang lebih bernilai di sisi Allah SWT.

    Allah berfirman: Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamu lah yang dapat mencapainya. (al-Hajj: 37)

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121023/ba_04/Badal-haji,-korban-untuk-arwah#ixzz2VQ71wPuM

    Share Button
    View more
  • Jun
    05

    Umrah Promosi 2014 – Januari & Februari 2014


    by admin_kembara
    posted in Kembara Umrah
    No comments yet

    2014PENERBANGAN:

    MALAYSIA AIRLINES (MAS) / UNITED AIRWAYS (TRANSIT DHAKA)

    TARIKH PAKEJ UMRAH:

    umrah promosi 2014

    BAYARAN PAKEJ TERMASUK  :

    1.      Tiket Penerbangan pergi/balik .
    2.      Airport Tax Kuala Lumpur, Jeddah dan Insuran Penerbangan.
    3.      Penginapan Hotel Seraya Taba  @ setaraf, di Madinah
    Hotel Al-eiman Muhajirin @ setaraf di Makkah.
    4.      Ziarah di Madinah/Makkah.
    5.      Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
    6.      Perkhidmatan Mutawif.
    7.      Pengangkutan dalam aturcara lawatan.
    8.      Beg besar, beg kecil, buku panduan umrah dan air zam-zam (seberat 10 liter).
    9.      Kos khidmat visa umrah Muasassah.

    SYARAT AM PAKEJ :

    • RM 500.00 wang pendahuluan untuk pendaftaran umrah
    • Baki bayaran dijelaskan sebulan sebelum tarikh berlepas
    • Wang pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat tanpa sebab yang munasabah.
    • Pembayaran hendaklah dibuat secara tunai atau ‘bank-in’ ke dalam akaun:

                 Bank Islam Malaysia Berhad  (No. Akaun : 08068010032069)

                 D Arrasyh Travel and Tour Sdn Bhd 

    click to feedback

    Share Button
    View more
  • Jun
    05

    Umrah Awal Ramadhan 2013 – 12 Julai hingga 23 Julai 2013 – (13 Hari 11 Malam)


    by admin_kembara
    posted in Kembara Umrah
    No comments yet

    umrah ramadhan

    PENERBANGAN:

    UNITED AIRWAYS (TRANSIT DHAKA)

    TARIKH PAKEJ UMRAH:

    TARIKH BERLEPAS TARIKH PULANG BIL HARI BILIK BEREMPAT BILIK BERTIGA BILIK BERDUA

    AWAL RAMADHAN

    02 JULAI 2013 12 JULAI 2013 12H / 10M RM 6,350 RM 6,650 RM 6,850

    BAYARAN PAKEJ TERMASUK  :

    1.      Tiket Penerbangan pergi/balik .
    2.      Airport Tax Kuala Lumpur, Jeddah dan Insuran Penerbangan.
    3.      Penginapan Hotel Seraya Taba  @ setaraf, di Madinah
    Hotel Al-eiman Muhajirin @ setaraf di Makkah.
    4.      Ziarah di Madinah/Makkah.
    5.      Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
    6.      Perkhidmatan Mutawif.
    7.      Pengangkutan dalam aturcara lawatan.
    8.      Beg besar, beg kecil, buku panduan umrah dan air zam-zam (seberat 10 liter).
    9.      Kos khidmat visa umrah Muasassah.

    SYARAT AM PAKEJ :

    • RM 500.00 wang pendahuluan untuk pendaftaran umrah
    • Baki bayaran dijelaskan sebulan sebelum tarikh berlepas
    • Wang pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat tanpa sebab yang munasabah.
    • Pembayaran hendaklah dibuat secara tunai atau ‘bank-in’ ke dalam akaun:

    Bank Islam Malaysia Berhad  (No. Akaun : 08068010032069)

     D Arrasyh Travel and Tour Sdn Bhd 

    click to feedback

    Share Button
    View more
  • May
    12

    Kembara Muslim Berwajah Baru


    by admin_kembara
    No comments yet

    src : www.clker.com

    Salam Kembara,

     

    Laman Kembaramuslim.com kini berwajah baru. Anda boleh ikuti perkembangan kami pada masa-masa akan  datang dengan tawaran-tawaran hebat serta pakej, produk dan perkhidmatan yang pasti memuaskan anda.

     

     

     

     

    Share Button
    View more
  • Jan
    23

    Malaysia dipilih Destinasi Percutian Paling Mesra Bagi Pelancong Muslim


    by admin_kembara
    posted in Tips Kembara
    No comments yet

    Pemilihan Malaysia destinasi percutian paling mesra di dunia bagi pelancongan Muslim oleh ‘Crescentrating’ baru-baru ini adalah wajar kerana negara ini mempunyai banyak kemudahan kepada pelancong yang beragama Islam.

    Presiden Persatuan Pemandu-Pemandu Pelancong Bumiputera Malaysia, Zulkifli Ismail berkata Malaysia sememangnya layak berada di kedudukan tersebut memandangkan wujudnya pelbagai kemudahan dan produk pelancongan Muslim di negara ini.

    “Selain mudah mendapat akses makanan halal, Malaysia merupakan antara negara yang mudah bagi pelancong Islam menunaikan solat tidak kira di mana mereka berada, termasuk di kompleks membeli-belah dan juga di lapangan terbang selain suasana yang selamat,” katanya kepada Bernama.

    Menurut tinjauan Crescentrating, perunding percutian Muslim Global, Malaysia terpilih sebagai destinasi percutian paling mesra di dunia bagi penganut Islam mengatasi Mesir, Turki, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Singapura.

    Malaysia mendapat 8.3 mata daripada 10 mata penuh manakala Mesir berada di tempat kedua dengan 6.7 mata, diikuti UAE dan Turki yang berkongsi 6.6 mata, Arab Saudi 6.4 mata dan Singapura 6.3 mata.

    Indonesia, Maghribi dan Jordan pula berkongsi 6.1 mata untuk berada di tangga keenam, diikuti Brunei, Qatar, Tunisia dan Oman di tangga ketujuh dengan 6.0 mata.

    Bagi destinasi membeli-belah pula, Dubai mengatasi Kuala Lumpur sebagai destinasi tumpuan bagi penganut Islam, diikuti Istanbul, Jeddah, Kaherah, Abu Dhabi, New Delhi, London dan Doha.

    Zulkifli berkata tinjauan tersebut turut menyenaraikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand sebagai lapangan terbang yang mesra pelancong Islam.

    Katanya pemilihan tersebut dibuat berdasarkan bagaimana sesebuah negara tersebut mampu menampung pertambahan pelancong Islam dalam memenuhi beberapa kriteria termasuk tahap keselamatan dalam negara, penyediaan makanan halal, kemudahan mengerjakan solat dan memenuhi keperluan yang berkaitan dengan pelancong Islam.

    “Berdasarkan pengalaman kami sebagai pemandu pelancong kepada pelancong Muslim ini, mereka sememangnya amat kagum dengan produk Islam yang ada di negara ini.

    “Kebiasaannya pelancong Muslim yang datang akan dibawa ke Taman Tamadun Islam di Terengganu dan melawat seni bina bangunan di Putrajaya. Juga Muzium Kesenian Islam di Masjid Negara,” katanya.

    Beliau berkata pelancong ini juga amat tertarik dengan kraftangan dan produk kesenian Melayu seperti batik yang menjadi pilihan utama untuk dibawa pulang sebagai cenderamata.

    Katanya lagi, penekanan terhadap produk halal terutama makanan juga membuatkan pelancong Muslim ini tidak gusar atau risau untuk melancong di negara ini.

    Kebanjiran restoran berasaskan makanan Timur Tengah juga antara faktor tarikan pelancong dari negara tersebut memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama.

    “Mereka juga tidak keberatan mencuba makanan tradisional Melayu yang tidak jauh beza dengan selera mereka terutama pelancong dari Indonesia dan Singapura selain ada juga penggemar dalam kalangan pelancong Timur Tengah,” katanya.

    Namun begitu, katanya masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki.

    Katanya beliau mendapat komen negatif mengenai sikap pemandu teksi yang tidak berhemah serta mengenakan tambang keterlaluan tanpa menggunakan meter kepada pelancong.

    “Pihak berkuasa tempatan perlu memantau aktiviti ‘teksi sapu’ yang masih berleluasa di kawasan Bukit Bintang dan Sungai Wang.

    “Pemandu teksi pula perlu bersikap lebih berhemah dan menitikberatkan penampilan kemas sebagai lambang ‘kemesraan’ kepada golongan pelancong ini,” katanya.

    Sementara itu Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Datuk Mohd Khalid Harun berkata sememangnya menjadi hasrat menjadikan pelancongan Muslim sebagai tarikan baru kepada rakyat Malaysia negara ini dan pelancong Muslim dari luar.

    Katanya pelancongan Muslim kini mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai termasuk pelancong luar negara seperti China dan negara Arab. – Bernama

     

    Sumber : http://www.sinarharian.com.my
    Share Button
    View more
  • Jan
    22

    [Ditutup] Pakej Umrah April hingga Mei 2013 ~ Pada Harga RM4,890 seorang. Hotel di Makkah Hanya 350meter


    by admin_kembara
    posted in Kembara Umrah
    No comments yet

    promo umrah - april - mei 2013
    Kedudukan hotel yang berdekatan dengan masjid:
    Hotel di Madinah : Fayroz Shatta @ setaraf – 100meter
    Hotel di Makkah : Funduk Al-Jafariah @setaraf – 350meter

    Untuk pendaftaran segera, sila emailkan ke

    email@kembaramuslim.com atau

    Share Button
    View more
  • Jan
    04

    Promosi Umrah 2013. 29 Mac – 09 Apri 2013 (12Hari 10Malam). Harga RM5,090 seorang dewasa. Penerbangan terus MAS dari KLIA ke Madinah


    by admin_kembara
    posted in Kembara Umrah
    No comments yet

    promo umrah 29 Mac - 09 April (MAS)

     

    Untuk pendaftaran segera, sila emailkan ke

    email@kembaramuslim.com atau

    Share Button
    View more
  • Dec
    28

    [Ditutup] Umrah Februari 2013. 05 Februari – 16 Februari 2013 (12 Hari 10 Malam). Harga RM5,090 seorang dewasa. Penerbangan terus MAS dari KLIA ke Makkah (Jeddah)


    by admin_kembara
    posted in Kembara Umrah
    No comments yet

    promo umrah 05 - 16 Februari (MAS)

     

    Untuk pendaftaran segera, sila emailkan ke

    email@kembaramuslim.com atau

    Share Button
    View more
  • Dec
    17

    THE MOST UNIQUE BUILDINGS IN THE WORLD


    by admin_kembara
    posted in Tips Kembara
    No comments yet

    Share Button
    View more
  • Dec
    05

    [Ditutup] Pakej Umrah 12 Hingga 23 Februari 2013. 12 Hari 10 Malam. Hanya RM 4,990 seorang. Penerbangan Saudi Air


    by admin_kembara
    posted in Umrah Ziarah
    No comments yet

     

    Untuk pendaftaran segera, sila emailkan ke

    email@kembaramuslim.com atau

    Share Button
    View more