Masyarakat Dagestan, Chechnya dan Ingushetia menghantar jumlah jemaah Russia yang terbanyak ke Mekah dan Madinah. Jemaah Muslim Russia cenderung untuk merasakan ibadah haji memberikan mereka cabaran dari segi fizikal dan mental berbanding saudara-saudara mereka di Indonesia, Malaysia dan Iran.

August 12, 2015 VIKTORIA SEMIÓSHINA, RBTH

Jawatankuasa Haji Russia telah mula menerima permohonan daripada orang Islam di negara ini untuk haji pada setiap tahun ke Mekah dan Madinah.Menurut Rushan Abbyasov, Timbalan Pengerusi pertama Majlis Mufti Russia, republik dalaman di Caucasus Utara seperti Dagestan, Chechnya dan Ingushetia menghantar bilangan terbesar jemaah dari Russia ke Arab Saudi. Tatarstan juga menghantar jumlah Jemaah yang agak ramai, katanya, sambil menambah bahawa terdapat juga beberapa kumpulan dari Siberia dan Far East Russia.

Pemergian ke tanah suci Islam menjadi lebih mudah bagi rakyat Russia selepas Perestroika. Walaupun jemaah dari Russia mengetahui sedikit kesukaran dalam menjalankan ibadah haji, mereka dapati perjalanan untuk ke tanah suci juga mencabar kekuatan fizikal dan mental mereka, menurut Rashid Al-Rashid, yang bekerja di misi Haji Russia.

“Rakyat Russia juga tidak boleh dibandingkan persediaan mereka sebagai jemaah haji seperti saudara-saudara mereka dari Indonesia, Malaysia, Turki dan Iran,” kata Al-Rashid, yang telah mengiringi jemaah ke Arab Saudi selama lebih daripada 15 tahun. Beliau berkata cuaca panas dan jemaah yang ramai cenderung untuk mengatasi jemaah Russia. Mereka juga mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan masakan Arab.

PENINGKATAN KOS

Kos menunaikan haji menjadi terlalu mahal untuk kebanyakan jemaah Russia bagi tahun ini disebabkan penyusutan nilai ruble. Kos pakej pelancongan telah meningkat dua kali ganda bagi tahun 2015 dan boleh menjadi semahal Ᵽ5000 (ruble), iaitu kira-kira separuh gaji setahun di beberapa kawasan.  “Beberapa tahun lalu, kami mempunyai senarai panjang orang yang bersedia untuk pergi, tetapi tahun ini, kami terpaksa menjalankan kempen publisiti untuk menarik orang ramai,” kata Syed Muhammad dari agensi Travel Medina.

Walau bagaimanapun, walaupun terdapat penurunan dalam permintaan, misi haji Russia meminta pihak berkuasa Arab Saudi untuk menambah kuota Russia dari 16,400 kepada 17,000 jemaah. Ini adalah kerana faktor penambahan komuniti Crimean Tatars, yang sebelum ini mengembara menggunakan paspot Ukraine, tetapi kini merupakan rakyat Russia.

Menurut banci terakhir (diambil pada tahun 2010), terdapat kira-kira 14.5 juta orang Islam di Russia, membentuk kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk. Pertambahan penduduk dari bekas republik Soviet juga mendorong kepada peningkatan jumlah penduduk sejak beberapa tahun yang lalu, walaupun tidak ada statistik rasmi dikemaskini disahkan buat masa ini.

Diterjemahkan secara bebas dari : http://rbth.com/society/2015/08/12/russian_pilgrims_prepare_for_the_hajj_48417.html

Comments

comments