4 tahun yang lalu beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan rumahnya dan mengejar impiannya untuk mengembara seluruh dunia. Antara negara-negara yang dia telah lawati: Turki, Indonesia, Albania dan Malaysia. Semuanya bermula hanya sebagai sebuah perjalanan untuk memenuhi impian hidup. Pada mulanya, beliau hanya berkongsi lawatannya dengan keluarga dan rakan-rakan melalui kiriman poskad, yang telah mencipta populariti di kalangan rakan-rakan dan keluarga. Ia tidak mengambil masa yang lama dimana mereka mula meminta poskad dari beliau. Kebanyakan daripada kita akan suka mengembara dunia, bukan? Untuk menerima poskad dari seseorang yang mengejar impian hidup mereka dan berkongsi pengalaman mereka dengan anda, ia pasti akan membuat hari anda hebat! Ini adalah kisah daripada Michael Ruppert. Seorang lelaki  berumur 29 tahun dari Belanda dan Belgium, yang mengembara ke 60 negara dalam masa 4 tahun dan akhirnya memeluk Islam.

“Apabila anda memanggil diri anda seorang musafir ia bermakna anda akan tinggal  dan berbelanja dengan kos paling minimum sepanjang perjalanan anda dan perkara yang paling penting adalah kenangan yang anda dapat dari meneroka tempat di dunia yang tidak dilihat oleh orang lain – itu yang anda sentiasa inginkan. Semangat untuk mengembara dan berkongsi dengan semua orang memberi inspirasi kepada ramai penderma yang murah hati yang mahu melihat Michael meneruskan perjalanannya. Sebagai balasan, dia menghantar lebih banyak poskad dan sebahagian daripada sumbangan yang diterimanya, akan diberikan kepada mereka yang memerlukan, sebagai contoh sebuah sekolah di Zimbabwe yang dilawati yang tidak hanya mendapatkan dana sendiri dan ditempat-tempat lain di mana beliau memberi ceramah inspirasi.

Michael bukanlah seorang Muslim apabila dia memulakan perjalanannya. Ianya terjadi semasa di dalam perjalanan kembaranya di mana dia menghabiskan masa dengan keluarga angkat yang berminat untuk berkongsi dengan beliau lebih lanjut mengenai Islam. Sambil menjelaskan dalam satu wawancara bersama Mvslim.com “Selepas tinggal dengan banyak keluarga Islam di Malaysia dan Indonesia, Saya mempunyai perasaan ingin tahu dan mempunyai soalan-soalan seperti: Apa yang mereka baca didalam al-Quran? Apa yang mereka lakukan di dalam masjid? Apa yang mereka raikan pada hari cuti mereka? Rasa ingin tahu saya membawa saya ke arah Islam. “ Dalam temu bual itu dia juga bercakap mengenai persamaan budaya yang ada di dunia ini. Dia ingin melalui perkongsian beliau yang semua orang akan belajar tentang budaya orang lain kerana barulah kita akan dapat menerima perbezaan semua orang. Kemudian, apa yang dikatakan oleh Donald Trump dan sebahagian ulama Islam tidak akan memecahbelahkan kita antara kaum atau agama.

Laman Facebooknya Starring You telah diwuudkan apabila dia mula menerima permintaan yang amat menggalakkan untuk menghantar poskad dari orang lain selain daripada keluarga dan kawan-kawannya. Ianya juga memberi peluang kepada beliau untuk berkongsi pengalaman beliau dan di lokasi sekarang dia bertemu dengan pengikutnya di perso. Dalam era teknologi semasa, menerima poskad melalui posmen masih menjadi keseronokan kebanyakan daripada kita. Oleh itu, sesiapa di antara kita yang suka untuk menjadi sebahagian daripada komuniti penerima poskad, jangan segan untuk menghantar alamat anda kepada lelaki yang mesra ini atau  jadi pengikut beliau di Faecebook rasmi beliau untuk memgetahui maklumat terkini dalam perjalanannya.

Diterjemahkan dari sumber : http://mvslim.com/man-travelled-60-countries-4-years-found-islam-way