Aroma Nasi Ambeng pastinya menggamit para pelancong dalam dan luar negeri untuk sama-sama menikmati keenakan dan keunikan hidangan penuh tradisi ini, makanan warisan masyarakat Jawa negeri Selangor yang sarat dengan adunan rempah ratus. Pengunjung boleh berkongsi pengalaman menikmati hidangan Nasi Ambeng secara tradisional iaitu makan sedulang berkongsi empat orang sambil duduk bersila.

Temui kami Festival Nasi Ambeng di Homestay Banghuris, Sungai Pelek, Sepang pada 16 – 17 April 2016. Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung yang hadir.

video
kredit : FB Nik Mohd Fadly

Comments

comments