“Aku diet ni tak boleh makan tengahari dengan kau,” pernah ke dengar ayat ini bila kita ajak kawan makan tengahari bersama waktu lunch. Perkataan diet, nak kurus, aku dah gemuk memang sinonim, kan? Tapi sedarkah mereka yang nak kurus ini bahawa apa yang dilakukan itu adalah sangat tidak betul dan salah.

Kenapa saya kata salah? Sebabnya berlapar atau tahan perut daripada makan bukanlah amalan pemakanan yang betul dan akan memberikan kesan jangka panjang. Siapa nak tahu diet cara saya turun 5 kg sebulan tanpa perlu berlapar. Nak tahu apa rutin dan apa yang saya makan yang dapat membantu turunkan berat badan dengan sihat dan nampak kesan yang lebih baik.

Boleh Ikuti Diet Cara Saya Turun 5 Kg Sebulan Tanpa Perlu Berlapar.

1. Detox Pagi

Bermula jam 6 pagi setelah bangun pagi semasa nak solat subuh itu minum dahulu segelas air kosong. Ini adalah kaedah detox semulajadi yang menjadi amalan saya. Jika anda ada masalah susah nak buang air besar ini merupakan salah satu langkah yang boleh menyelesaikan masalah penghadaman ini. Air liur awal pagi mengandungi bakteria baik yang akan bertindak di dalam membantudetox kan toksin dalam badan kita.

2. Detox Sebelum Sarapan

Kebiasaannya kita akan terus ambil sarapan, kan? Kalau bukan nasi lemak sudah tentu kuih muih yang pastinya manis, kan? Ok ini apa yang anda perlu buat sebelum sarapan. Ambil segelas air suam masukkan 1 inci halia yang diketuk, rendamkan selama 2-5 minit. Selepas itu masukkan dalam rendaman halia tadi perahan lemon ataupun limau nipis serta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan.

Ini membantu memberikan tenaga secara pantas dan juga dapat menyekat selera makan. Jadi takdalah mengidam nak makan nasi lemak ke atau sebarang sarapan yang tidak sihat.

3. Sarapan 300 kalori atau lebih

Saya tahu nafsu makan sarapan orang Malaysia ini kalau bukan nasi lemak ditambah pula dengan ayam goreng ataupun sotong pedas memang tidak sah, kan? Kalau anda nak tahu sebenarnya kita boleh nak ambil nasi lemak sebagai sarapan tetapi dengan cara yang lebih sihat. Sebagai contoh nasi itu ambil 1 genggam sahaja dan kurangkan sambil dan minta lebih sayur dengan makcik penjual, kan nasi lemak juga.

Tetapi sarapan yang lebih baik kepada anda saya berikan adalah denga mengamalkan makan oat yang kaya dengan serat. Saya tahu tekak Melayu ini ramai yang tak boleh telan oat macam itu sahaja, kan? Ini saya berikan cara 5 minit sudah siap hidangan sarapan. Sudahlah sihat, sangat kenyang pula tu. Caranya mudah sahaja ambil segenggam oat dicampur dengan susu rendah lemak serta 3 biji kurma (biji tu buanglah ya. Kan tak pasal-pasal rosak blender mak tu).

Nak lagi sedap satu sudu yogurt asli rendah lemak serta 1 biji pisang. Kisarkan semua bahan ini dan terus aje minum , rasanya tak sampai 5 minit selesai resepi sarapan ini, Nak buat menu bersahur pun boleh, antara mahu dan tidak aje..Jangan banyak alasan dik ..

Selain itu cadangan sarapan lain adalah 2 keping roti wholemeal biasa jenama Gardenia saya guna (opss terpromosi pula) saya letakkan sebiji telur rebus dan juga sayur-sayuran, kepit jadikan sebagai sandwich. Ini pun sedap.

4. Air Kosong

Penulis, Tengku Asmadi.

PENULIS, TENGKU ASMADI.

Ini lagilah saya lihat ramai yang masih tidak mengamalkan dengan betul. Bila di tanya air kosong kadang-kadang segelas atau dua sahaja dan selebihnya adalah air manis. Air kosong disarankan minum 6-8 gelas sehari ataupun 2 atau 3 liter sehari.

Tapikan ada yang cakap nanti ulang alik ke tandas pula asyik membuang. Itulah fungsi air kosong membuang toksin dalam badan. Kan masa ulang alik ke tandas tu kan senaman. Tak adalah melekat aje punggung kat kerusi tu..

Usaha dik nak kurus sihat ini kena usaha kalau nak tahu. Kurus datang dalam mimpi tapi itu bukan realiti.. mainan aje tu dik.

Nak minum air kosong ada perisa sedap tak? Meh ikut sini ambil 1 botol diisi dengan 2 liter air kosong dan letakkan hirisan lemon dalam 1/2 biji serta letak juga hirisan timun dalam 1/2 biji.

Kenapa nak buat macam ini? Ini adalah salah satu cara detox yang mudah untuk membantu anda. Air detox ini akan membantu yang ada masalah penghadaman. Amalkan tau air ini sehari sekurang-kurangnya 2 liter atau lebih.

BACA: Berjaya Buang 40Kg, Lelaki Ini Berkongsi 7 Cara Turunkan Berat Badan

5. Snek Pagi dan Petang

Jangan lupa untuk ambil snek waktu pagi dalam jam 10 pagi hingga jam 11 pagi. Apa yang biasa saya ambil atau dijadikan snek adalah kurma dalam 2 atau 3 biji ataupun buah epal hijau ataupun betik. Anda boleh pilih buah-buahan segar untuk dijadikan snek. Saya sarankan makan buah dahulu sebelum menjamu selera waktu tengahari dan bukan makan buah selepas makan tengahari.

Begitu juga snek jam 3 petang hingga jam 4 petang, amalkan buah-buahan seperti tembikai atau buah epal hijau.

6. Menu Makan Tengahari

Wajib makan tengahari dan jangan sesekali tak nak makan kononnya nak diet. Itu tak betul dik jangan nak mogok laparkan diri semata-mata nak kuruskan badan, sangat tidak bagus untuk jangka masa panjang. Menu makan tengahari sangat mudah jika suka sangat makan nasi (kan tak makan nasi mati laa I – ayat tak sedar diri dah gemuk). Ambil segenggam nasi sebesar penumbuk (dik segenggam aje tau jangan nak nasi tambah segenggam lagi kan abang kasi tambah genggam tu haha). Nasi segenggam, lauknya adalah ikan atau ayam yang dibakar, dikukus, panggang ataupun yang bersup.Elakkan lauk pauk yang bersantan, goreng dan yang sewaktu dengannya. Selain itu lebihkan sayur sayuran hijau tak pun ulam-ulaman segar. Barulah awet muda macam abang dik, makan ulam aje.

Setiap hari tukarlah lauk baru tak jemu, nak lagi mudah catat buat diari. Diari makanan yang diambilkan mudah untuk dirujuk kembali nanti.

7. Menu Makan Malam

Ni satu lagi selalu tak makan malamkan. Jangan tau ini abang kasi amaran, makan malam adalah wajib. Tu dia, wajib ya. Menu apa yang nak diambil waktu malam ini. Saya cadangkan ambil makan malam awal sebelum maghrib antara jam 6 petang ke 8 malam. Jangan makan lewat malam. Perut tu pun perlukan masa nak proses dan perut pun nak rehat juga macam kita. Dik jangan ingat kita aje nak rehat, perut pun nak rehat tau.

Menu makan malam selalunya boleh buat sup ayam atau pun bihun sup tetapi bihun (adalah karbohidrat) jadi ambil 1 genggam sahaja dan lebihkan sayur dalam sup itu. Ini pun boleh kenyang tau. Kalau pemalas sangat nak masak buat aje oat dengan susu dan kismis selesai masalah kemalasan itu.

8. Detox Malam

Seperti detox pagi boleh juga amalkan detox halia yang saya jelaskan tadi. Boleh rujuk resepi dan cara buat di nombor 1 ya. Selain resepi detox halia anda juga boleh amalkan cuka epal dan madu. Caranya campurkan 1 sudu cuka epal dan 1 sudu madu dengan perahan lemon ataupun limau nipis. Minum sebelum tidur dan cuka epal dan madu ini bagus juga untuk dapatkan tidur yang lebih lena tau.

9. Senaman

Perlu ke senaman ini? Sangatlah perlu tapi bukanlah perlu senaman berat macam masuk gym 2 jam sehari. Apa yang saya buat adalah lakukan sesuatu yang mudah dan saya suka. Saya suka berjalan jadi setiap hari saya akan berjalan santai dalam 30 -45 minit sambil layan whatsapp kawan-kawan. Kadang-kadang tanpa sedar dekat 1 jam sebab asyik sangat melayan kawan di Whatsapp. Jika yang duduk rumah apartment,, bertuahnya anda, naiklah tangga sehari 5-6 tingkat ok sudah. Jangan terlalu paksa diri, buat apa yang anda suka, itu kata kuncinya.

Macam mana mudah ke diet cara saya ini? Tak susah kan, tak perlu berlapar, tak perlu nak ikat perut. Pelan ini akan nampak dalam jangka panjang sebab sebenarnya anda merubah gaya hidup anda. Bila anda merubah gaya hidup dan gaya pemakanan dengan sendirinya anda akan menjadi lebih sihat InsyaAllah. Yang penting adalah usaha. Usaha Lift Kejayaan.. No U Turn.

P/S: Jika tulisan ini bermanfaat untuk anda sila LIKE dan SHARE dengan seramai mungkin kenalan anda.

Untuk dapatkan tips percuma kurus cara saya sila Like & Share Tengku Asmadi diFacebook dan Instagram.

Saya tak borak kosong ya memang ada bukti ada kawan-kawan yang saya bantu turunkan berat melalui cara saya ini.

En.Hanizan turun paras kolestrol.

Ada ramai lagi yang dah saya bantu. Apa yang saya nak tunjukkan nak kurus ini boleh aje tanpa produk ataupun dengan produk. Yang penting adalah pelan pemakanan yang betul.

Tengku Asmadi boleh dihubungi di 0169550465.

 

credit : http://thevocket.com/diet-santai-tengku-asmadi/