poster umrah jan - dis 2015

 

Di antara keistimewaan pakej Umrah Cinta Rasul ini adalah:

  1. Berbanding dengan pakej umrah lain, para jemaah yang mengikuti pakej umrah cinta rasul akan berada di Madinah selama 8 malam. Dengan tempoh masa yang panjang, para jemaah berpeluang untuk berada lebih lama di tempat di mana junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W disemadikan.
  2. Para jemaah juga berpeluang untuk meluangkan masa yang lebih lama berada di bumi Madinah, beribadah di ruang Raudhah (di antara taman-taman syurga) serta menginsafi sejarah perjuangan Rasulullah serta para sahabat baginda.
  3. Melawat ke Masjid Imam Bukhari yang terletak 200 meter utara Masjid Nabawi. Seterusnya ke Masjid Abu Dzar Al-Ghifari, yang dinamakan sempena nama seorang sahabat Nabi yang terkenal dan sangat setia. Seterusnya ke Sokaifat Bani Saedah. Tempat Saidina Abu Bakar as-Siddiq pertama kali dibai’at orang ramai untuk menjadi khalifah pertama Islam, sejurus selepas Nabi wafat lalu umat Islam memerlukan ketua yang baru. Masjid Saidina Ali, Masjid Saidina Abu Bakar, Masjid Saidina Umar, Masjid Bilal dan Masjid Ghamama.
  4. Para jemaah akan di bawa untuk melawat Kilang mencetak Al-Quran (jika  dibenarkan), Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Makam  Syuhada Uhud, Masjid 7, Tapak Peperangan Khandak  dan Ladang Kurma.
  5. Lawatan dan ziarah ke Manasik Haji, Melawat Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah Mina (terdapat 3 jamrah), Jabal Thur, Jabal Nur dan seterusnya Jemaah di bawa miqat di Masjid Jaaranah untuk menunaikan ibadah umrah.
  6. Lawatan ke Hudaibiyah, Melawat Muzium Mekah dan Kilang Membuat Kelambu Kaabah (sekiranya mendapat kebenaran dari kerajaan Saudi).
  7. Jemaah akan dibawa jalan-jalan tambah iman, mengetahui tapak rumah Saidina Abu Bakar, Rumah Arqam ibnu Arqam, Umul mukminin Siti Khodijah, Abu jahal, Abu Lahap, Tempat kelahiran Nabi ,tapak masjid kucing,  Menziarahi  Masjid Jin, Masjid Syajarah, Makam Siti Khadijah di Ma’ala.
  8. Program Rehlah di Mat’am Andalus, restoran masyarakat Malaysia di Haramain (jika mendapat keizinan). Di sini akan di lakukan kenduri arwah dan Jemaah yang berhajat untuk membuat kenduri arwah. (Sila rujuk kepada wakil syarikat yang bertugas bagi memberi sumbangan kenduri dan nama arwah)

 

  1. HARGA PAKEJ TERMASUK:
  • Tiket kapal terbang kelas ekonomi
  • Cukai dan insuran lapangan terbang
  • Pengangkutan darat (seperti di dalam aturcara)
  • Penginapan berdasarkan 4/5 orang sebilik
  • Makan & minum 3 kali sehari (sepanjang aturcara)
  • Lawatan seperti aturcara
  • Perkhidmatan Mutawwif
  • Umrah 6/7 kali
  • 10 Liter Air Zam-Zam
  • 1 buah trolley dan sling bag
  1. HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:
  • Apa-apa perbelanjaan yang tidak terdapat di atas
  • Tips untuk pemandu pelancong dan angkat bag (RM 30)
  • Lebihan bagasi (berdasarkan berat lebihan barangan)
  • Perbelanjaan   peribadi   seperti   telefon,   dobi   dan sebagainya
  • Insuran pengembaraan TAKAFUL IKHLAS (RM 40) 

Comments

comments